10/12/10

Pengurusan Masa

Masa amat penting dalam kehidupan seharian tetapi kita sering lupa menggunakanya secara berkesan. Dalam cacatan kali ini Salihinxp akan membincangkan pengurusan masa secara ringkas kepada ebayer yang masih menuntut di Universiti dalam bidang Kritikal. Belajar di universiti dalam bidang kritikal seperti Perubatan, kejuruteraan Kimia, Programming dan seangkatan dengannya sudah cukup mengambarkan tahap kesibukkan yang tak terhingga. walaubagaimanapun ini tidak bermakna anda tidak boleh bergiat aktif dalam berniaga sebagai ebayer. Salihinxp sendiri seorang pelajar dalam bidang kritikan dan juga masih salah seorang ebayer seperti anda. Disebabkan terlalu mentah didalam dunia peniagaan salihinxp kerap terleka dalam merencanakan pebahagian masa secara berkesan sehingga membawa masalah kepada pelajaran. Berikut ingin salihinxp konsikan kepada ebayer diluarsana tips masa dan jumlah masa yg diperlukan untuk berniaga krtika belajar:



  • Jangan tidur selepas waktu solat subuh:- Waktu ini adalah waktu paling ideal untuk melakukan Listing, Reserch product atau membalas email customer. memandang ramai student di universiti gemar tidur selepas waktu subuh ( ader yg lesap subuh terus...ha..ha. ) dan sedar atau tidak waktu beginilah kebanyakkan ebayer daripada US dan UK selesai melakukan bidaan pada listing anda.


  • Kerja anda jauh lebih pantas jika dilakukan selepas solat subuh- kalau dah duduk dalam kawasan universiti ... x kira apa jenis b.band atau intenet semua nyer slow tahap Gaban.. tetapi tidak pada waktu ini.. memandang kebanyakkan student akan membuka computer diantara 10 pagi hingga 3 pagi sahaja. Maka dengan batuan internet yg laju.. anda dapat mengunakan masa yang optimum dalam mejalankan rutin di ebay akaun anda.


  • waktu pembungkusan dan penghantaran- Pembungkusan dan penghantaran adalah process yang paling leceh sekali kerana tiada masa yg kursus boleh diletakkan bagi process ini. jalan yang terbaik ialah melakukan kerja pembungkusan pada setiap masa yang terluang atau mendapatkan bantuan keluarga atau kawan2 ( Student Universiti ni.. klu krg x kedekut nak kasi upah sikit.. conferm x der hal punyerlah..). Tetapi yg paling bestnyer kita boleh tentukan masa untuk kita poskan barangan kita. waktu yg terbaik untuk ke pejabat pos ialah 4:30 ptg memandangkan pekerja kat post office tur semangat dier tuk wat keja cepat2 memang hebat ( semangat nak balik ).. so.. x yah nak tunggu mase lama.. Kalu korang x free pada masa ni.. bolehlah konsider masa office hour bab klu korang pegi mase lunch.. bebuih lah nanti menunggu..
  • masa yg diperuntukkan untuk ebay: untuk reserch, listing dan balas email customer selepas waktu subuh tadi ( 2 jam ) sudah memadai jka ada kekangan masa ( Kalu byk waktu Free bukaklah sesuka hati ). Dan Jangan sekali2 outing survey barang2 nak jual kat ebay waktu study week,, make sure kalu nak buat pililah sabtu , ahad atau waktu cuti.

Sekian itu sahaja yang salihixp dapat kongsikan pada cacatan kali ini....

Newbie Ebay Yang Sengal tak Bertempat

Hari ini salihinxp nak ceritakan satu fenomina Newbie Ebay yang "Sengal tak bertempat". ok... korang boleh bayangkan seorang new user dalam ebay yang baru mula berniaga dengan keuntungan sekitar Rm 500 ke Rm 700 sebulan dah mula becakap besar macam dah sama taraf dengan Bill Gate, so.. ader yang sanggup berhenti keja,, x gi kelas, dan yang paling cacat sekali siap ajak member berhenti keja. Come on la.... tak kemana semua tu.. kebanyakkan yang baru mendapat keuntungan "Baru merasa pegang duit lebih sikit" cepat lupa diri dan tamak. so kepada anda yang diluar sana sama ada yang sedang belajar atau sudah bekerja, selagi pendapatan anda tidak "FIX" atau tetap 3 ke 4 kali ganda selama 4 tahun tolonglah jangan pernah terfikir untuk behenti belajar atau kerja. Mungkin Salihinxp sendiri mengalami masalah kesengalan ini dahulu sehingga menyebabkan kemerosotan secara mendadak di dalam pelajaran. Oleh sebab itu salihinxp hari ingin mengingatkan kawan2 sepejuangan diluar sana agar jangan terbawa2 sangat dengan keluh kesah ketamakkan. Tidak salah untuk mencari pendapatan yang lumaian semasa belajar tetapi mestilah harus ada strategi yang betul terutamanya "Time Management". Dalam cacatan seterusnya, salihinxp akan berkongsi sedikit tips bagaimana anda mengelakkan daripada masalah kesengalan di dalam Berniaga dan belajar..

14/09/10

Kekuatan Diri


Seperti magnet, memerlukan tenaga yang kuat untuk mengasingkan dua magnet. lagi kuat magnet tersebut, makin kuat juga tenaga yang diperlukan untuk mengasingkanya . Kekuatan diperlukan dari segi tenaga, mental dan juga emosi untuk melakukan sebarang perubahan terutamanya perubahan yang kita impikan adalah besar.

Untuk berubah sekadar untuk bersenam setiap hari dihalaman rumah pastinya lebih mudah daripada berubah untuk perg ke gym seminggu dua kali untuk membina otot yang lebih mantap! bagaimana pula untuk mengubah badan kita lebih mantap ala-ala jaguh bina badan? Pastinya tenaga, mental dan emosi yang lebih kental diperlukan.

Tidak kira apa sahaja perubahan yang kita ingin lakukan, lebih besar perubahan tersebut, lebih besar tenaga, mental dan emosi kita perlu usahakan.

Mengenali Kelemahan dan Mulakan Perubahan



Cuba renung kembali keadaan kita 4 hingga 5 tahun yang lepas. Bagaimana bezanya dengan sekarang? renungkan pula setahun dua yang lepas. Ada apa - apa perubahan? Bagaimana pula beberapa bulan yang lepas? ada sebarang perubahan yang besar dalam hidup kita? Ataupun tiada bezanya 4 hingga 5 tahun yang lepas, setahun dua yang lepas, beberapa bulan yang lepas dan hari ini, lebih kurang sama sahaja hidup kita.

Perpatah Arab berbunyi " beruntunglah orang yang hari ini lebih baik darpada semalam, rugilah orang yang sama keadaanya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam" Amat mendalam maksudnya untuk kita sentiasa memperbaiki diri setiap hari. Akibatnya, perubahan yang lebih positif akan terjadi pada diri kita.

Manusia merupakan insan terbaik. Tabiat yang sering kita alami adalah perasaan selesa pada keadaan semasa. Untuk kita berubah ke arah kebaikkan atau keburukan, sememangnya susah oleh kerana TABIAT kita tidak memberi jalan mudah untuk kita berubah. Tetapi dengan azam yang Kuat dan semangat ingin berubah secara mendadak pasti dapat mengatasinya..

Perubahan Mendadak!




Pernah mendengar nasihat jika ingin melakukan perubahan, lakukan sedikit demi sedikit. sedikit - sedikit, lama - lama jadi bukit. dan kita akan berjaya mengubah diri kita! Betul? Jawapanya SALAH..

Penyelidikan ada menyatakan bahawa sekiranya ingin melakukan perubahan, manusia seringkali melakukannya secara mendadak. Manusia mencapai kejayaan dalam keadaan lonjatan secara tiba- tiba untuk sesuatu masa. kemudia pada waktu yang lain, lonjatan secara tiba - tiba dilakukan kembali.

Perubahan sedikit demi sedikit, sememangnya mempunyai tempatnya, tetapi untuk ebih efisyen dalam berubah lakukan lonjatan secara tiba - tiba berbanding berubah sikit demi sedikit. sekiranya ingin memberi kesan positif kepada majikan, lecture, atau sesiapa sahaja, bukan secara perlahan - lahan, contohnya dalam mendapatkan pelanggan sedikit demi sedikit untuk syarikat. Tetapi dengan terus mandapatkan pelanggan yang besar secara mendadak! pastinya kesan kepada Majikan anda - dan juga anda adalah lebih mendalam

13/09/10

Suka Meniru...itu bagus....



Siswazah dan meniru.. boleh dikatakan dah macam isi dan kuku..... kalau ada orang yang bercakap sambil menabik dada.. " mana ada.. aku ni Baik x pernah Meniru langsung.. Hebatkan aku..." .. kata jelah kat dia... boleh blah ler bro... Bagi saya x salah meniru.. tetapi "Tiru" yang saya maksudkan disini bukan "Copy & Paste" ataupun Salin Balik Asigment member.. tetapi lebih kepada cara pemikiran orang jepun.. iaitu Lihat, Update, Membuang kelemahan dan menambah kekuatan. Cara "meniru" Yang saya maksudkan dengan lebih tepat adalah Upgrade. . Cara dan pemikiran ini amat berguna dalam melakukan perniagaan dan mampuh melumpuhkan pesaing anda sekaligus anda mampu melonjak maju dengan lebih cepat daripada "Founder" yang telah lama dalam bidang tertentu..

Perniagaan , Siswazah. dan Dilema


Usaha Kerajaan Dalam Memperkasakan Siswazah dan Graduan di Malaysia


Pada masa kini agak membanggakan apabila Pihak kerajaan terutamanya MARA telah berjaya menjadikan kerjaya sebagai usahawan sebagai pilihan utama oleh masyarakat melayu lantas memberi rangsangan pertama dalam memecahkan monopoli sektor ekonomi oleh kaum cina. Revolusi pemikiran ini secaralangsung memberi kesan positif terhadap permikiran siswazah untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Tetapi sejauh manakah, para siswazah mampu mengorak langkah dalam bidang keusahawanan?. Bagi pendapat saya semuanya sekadar "Hangat - hangat Tahi Ayam" kebanyakkan mereka sekadar melakukanya separuh jalan. Tahukanh anda apakan penyumbang kepada masalah ini?. semestinya saya akan menjelaskan punca - punca dan penyelesaian kepada segala permasaalahan yang membunuh keupayan seorang siswazah di dalam dunia perniagaan di dalam catatan yang akan datang..