14/09/10

Mengenali Kelemahan dan Mulakan Perubahan



Cuba renung kembali keadaan kita 4 hingga 5 tahun yang lepas. Bagaimana bezanya dengan sekarang? renungkan pula setahun dua yang lepas. Ada apa - apa perubahan? Bagaimana pula beberapa bulan yang lepas? ada sebarang perubahan yang besar dalam hidup kita? Ataupun tiada bezanya 4 hingga 5 tahun yang lepas, setahun dua yang lepas, beberapa bulan yang lepas dan hari ini, lebih kurang sama sahaja hidup kita.

Perpatah Arab berbunyi " beruntunglah orang yang hari ini lebih baik darpada semalam, rugilah orang yang sama keadaanya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam" Amat mendalam maksudnya untuk kita sentiasa memperbaiki diri setiap hari. Akibatnya, perubahan yang lebih positif akan terjadi pada diri kita.

Manusia merupakan insan terbaik. Tabiat yang sering kita alami adalah perasaan selesa pada keadaan semasa. Untuk kita berubah ke arah kebaikkan atau keburukan, sememangnya susah oleh kerana TABIAT kita tidak memberi jalan mudah untuk kita berubah. Tetapi dengan azam yang Kuat dan semangat ingin berubah secara mendadak pasti dapat mengatasinya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

try on massage...