14/09/10

Kekuatan Diri


Seperti magnet, memerlukan tenaga yang kuat untuk mengasingkan dua magnet. lagi kuat magnet tersebut, makin kuat juga tenaga yang diperlukan untuk mengasingkanya . Kekuatan diperlukan dari segi tenaga, mental dan juga emosi untuk melakukan sebarang perubahan terutamanya perubahan yang kita impikan adalah besar.

Untuk berubah sekadar untuk bersenam setiap hari dihalaman rumah pastinya lebih mudah daripada berubah untuk perg ke gym seminggu dua kali untuk membina otot yang lebih mantap! bagaimana pula untuk mengubah badan kita lebih mantap ala-ala jaguh bina badan? Pastinya tenaga, mental dan emosi yang lebih kental diperlukan.

Tidak kira apa sahaja perubahan yang kita ingin lakukan, lebih besar perubahan tersebut, lebih besar tenaga, mental dan emosi kita perlu usahakan.

Mengenali Kelemahan dan Mulakan Perubahan



Cuba renung kembali keadaan kita 4 hingga 5 tahun yang lepas. Bagaimana bezanya dengan sekarang? renungkan pula setahun dua yang lepas. Ada apa - apa perubahan? Bagaimana pula beberapa bulan yang lepas? ada sebarang perubahan yang besar dalam hidup kita? Ataupun tiada bezanya 4 hingga 5 tahun yang lepas, setahun dua yang lepas, beberapa bulan yang lepas dan hari ini, lebih kurang sama sahaja hidup kita.

Perpatah Arab berbunyi " beruntunglah orang yang hari ini lebih baik darpada semalam, rugilah orang yang sama keadaanya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam" Amat mendalam maksudnya untuk kita sentiasa memperbaiki diri setiap hari. Akibatnya, perubahan yang lebih positif akan terjadi pada diri kita.

Manusia merupakan insan terbaik. Tabiat yang sering kita alami adalah perasaan selesa pada keadaan semasa. Untuk kita berubah ke arah kebaikkan atau keburukan, sememangnya susah oleh kerana TABIAT kita tidak memberi jalan mudah untuk kita berubah. Tetapi dengan azam yang Kuat dan semangat ingin berubah secara mendadak pasti dapat mengatasinya..

Perubahan Mendadak!




Pernah mendengar nasihat jika ingin melakukan perubahan, lakukan sedikit demi sedikit. sedikit - sedikit, lama - lama jadi bukit. dan kita akan berjaya mengubah diri kita! Betul? Jawapanya SALAH..

Penyelidikan ada menyatakan bahawa sekiranya ingin melakukan perubahan, manusia seringkali melakukannya secara mendadak. Manusia mencapai kejayaan dalam keadaan lonjatan secara tiba- tiba untuk sesuatu masa. kemudia pada waktu yang lain, lonjatan secara tiba - tiba dilakukan kembali.

Perubahan sedikit demi sedikit, sememangnya mempunyai tempatnya, tetapi untuk ebih efisyen dalam berubah lakukan lonjatan secara tiba - tiba berbanding berubah sikit demi sedikit. sekiranya ingin memberi kesan positif kepada majikan, lecture, atau sesiapa sahaja, bukan secara perlahan - lahan, contohnya dalam mendapatkan pelanggan sedikit demi sedikit untuk syarikat. Tetapi dengan terus mandapatkan pelanggan yang besar secara mendadak! pastinya kesan kepada Majikan anda - dan juga anda adalah lebih mendalam

13/09/10

Suka Meniru...itu bagus....



Siswazah dan meniru.. boleh dikatakan dah macam isi dan kuku..... kalau ada orang yang bercakap sambil menabik dada.. " mana ada.. aku ni Baik x pernah Meniru langsung.. Hebatkan aku..." .. kata jelah kat dia... boleh blah ler bro... Bagi saya x salah meniru.. tetapi "Tiru" yang saya maksudkan disini bukan "Copy & Paste" ataupun Salin Balik Asigment member.. tetapi lebih kepada cara pemikiran orang jepun.. iaitu Lihat, Update, Membuang kelemahan dan menambah kekuatan. Cara "meniru" Yang saya maksudkan dengan lebih tepat adalah Upgrade. . Cara dan pemikiran ini amat berguna dalam melakukan perniagaan dan mampuh melumpuhkan pesaing anda sekaligus anda mampu melonjak maju dengan lebih cepat daripada "Founder" yang telah lama dalam bidang tertentu..

Perniagaan , Siswazah. dan Dilema


Usaha Kerajaan Dalam Memperkasakan Siswazah dan Graduan di Malaysia


Pada masa kini agak membanggakan apabila Pihak kerajaan terutamanya MARA telah berjaya menjadikan kerjaya sebagai usahawan sebagai pilihan utama oleh masyarakat melayu lantas memberi rangsangan pertama dalam memecahkan monopoli sektor ekonomi oleh kaum cina. Revolusi pemikiran ini secaralangsung memberi kesan positif terhadap permikiran siswazah untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Tetapi sejauh manakah, para siswazah mampu mengorak langkah dalam bidang keusahawanan?. Bagi pendapat saya semuanya sekadar "Hangat - hangat Tahi Ayam" kebanyakkan mereka sekadar melakukanya separuh jalan. Tahukanh anda apakan penyumbang kepada masalah ini?. semestinya saya akan menjelaskan punca - punca dan penyelesaian kepada segala permasaalahan yang membunuh keupayan seorang siswazah di dalam dunia perniagaan di dalam catatan yang akan datang..